
WASHINGTON — Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio pada Ahad menolak kepentingan langkah terbaru oleh United Kingdom, Perancis, Kanada dan beberapa negara lain yang mengiktiraf Negara Palestin, dengan mendakwa tindakan itu hanya sedikit memberi kesan terhadap prospek menamatkan perang di Gaza mahupun proses damai jangka panjang.
Dalam wawancara dengan program Today di NBC, Rubio berkata bahawa pengiktirafan berkenaan “bukan tentang menamatkan perang, tetapi tentang berdamai,” sambil menegaskan bahawa sebarang penyelesaian tidak mungkin berlaku selagi Hamas wujud.
“Anda tidak boleh berdamai selagi Hamas masih ada,” katanya
mengulangi pendirian pentadbiran Trump yang meletakkan penghapusan Hamas sebagai pra-syarat mutlak sebelum sebarang proses damai boleh bermula.
Rubio menambah bahawa walaupun negara-negara Eropah berprofil tinggi telah mengiktiraf Palestin secara unilateral, peranan mereka dalam realiti proses damai adalah terhad.
“Tidak ada satu pun negara yang benar-benar akan memainkan banyak peranan dalam membawa berakhirnya konflik di Gaza ini, hanya boleh ditentukan melalui rundingan dengan Israel, bukan oleh Perancis, UK, atau mana-mana negara lain.”
katanya, sambil menekankan bahawa masa depan Palestin
ANTARA POLITIK DOMESTIK DAN DIPLOMASI
Rubio berhujah bahawa pengiktirafan Palestin oleh negara-negara Barat tersebut lebih mencerminkan dinamika politik domestik berbanding strategi diplomasi global. Di Perancis, keputusan Presiden Emmanuel Macron diumumkan hanya sehari selepas demonstrasi besar-besaran di Paris menuntut sokongan lebih kuat terhadap Palestin. Di United Kingdom, Perdana Menteri Keir Starmer dilihat menggunakan langkah pengiktirafan itu untuk merapatkan jurang dengan sayap kiri parti buruh yang lama menyokong perjuangan Palestin.
Namun di Washington, langkah itu dipandang dengan sinis. Rubio menegaskan bahawa hanya rundingan terus dengan Israel yang boleh melahirkan penyelesaian sebenar, bukan pengumuman simbolik dari negara luar.
PENYELESAIAN DUA NEGARA TETAPI SIAPA YANG MEMERINTAH?
Dalam penampilan berasingan di program Mornings di CBS, Rubio ditanya sama ada beliau percaya kepada penyelesaian dua negara. Jawapannya bersyarat.
“Masa depan rakyat Palestin yang tinggal bersama orang Yahudi di Israel adalah sesuatu yang semua orang tahu perlu dirundingkan,” katanya
Tetapi beliau menambah, dari sudut pandangan Israel, persoalan utama bukan hanya tentang kewujudan sebuah negara Palestin, tetapi siapakah yang akan memerintah negara itu.
“Jika akan wujud sebuah negara, anda perlu tahu siapa kerajaan negeri itu. Adakah mereka entiti yang mampu hidup bersama Israel, atau akan terus menjadi ancaman?” kata Rubio
merujuk kepada kebimbangan Israel terhadap kemungkinan Hamas atau kumpulan lain mengambil alih struktur pemerintahan.
TREND PENGIKTIRAFAN YANG MENINGKAT
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, lebih daripada 160 negara anggota PBB telah menyatakan sokongan rasmi mereka kepada kenegaraan Palestin. Pada 21 September, Kanada, Australia, United Kingdom dan Portugal mengumumkan pengiktirafan serentak, disusuli Perancis sehari kemudian. Gelombang pengiktirafan itu memberi momentum simbolik kepada Palestin, tetapi Washington berusaha menepisnya dengan menekankan bahawa status Palestin hanya boleh diputuskan melalui rundingan damai.
REALITI DI LAPANGAN
Kenyataan Rubio muncul di tengah keadaan Gaza yang semakin meruncing. Serangan udara dan darat Israel berterusan, dengan jumlah kematian yang meningkat setiap hari. Negara-negara Arab memberi amaran bahawa ancaman pengilhakan Tebing Barat oleh Israel akan mencetuskan ketegangan lebih besar, sementara negara-negara Eropah menggesa gencatan senjata segera.
Namun, nada Washington berbeza: menolak inisiatif unilateral negara lain, menyalahkan Hamas sebagai halangan utama, dan mengukuhkan pandangan bahawa sebarang proses damai mesti berpunca dari meja rundingan dengan Israel.
Bagi banyak pemerhati, perbezaan pendekatan ini menandakan retakan yang semakin luas antara Amerika Syarikat dan sekutu tradisinya di Eropah Barat retakan yang mungkin memberi kesan jangka panjang terhadap landskap diplomasi Timur Tengah.
SUMBER : ANADOLU AJENSI
IKUTI THE MERDEKA JOURNAL MEDAN UTAMA BERITA GEOPOLITIK YANG MENYELURUH DAN TERKINI
